Seronok hidup ini.....penuh dengan warni kehidupan....

About Me

My photo
Saya bekerja di sebuah Universiti di Malaysia dan juga bisnes women 0137980037

Popular Posts

Iconosquare

Monday, March 21, 2016

Memancing di Kelong Acheh


Pada 17 hingga 19 Mac 2016 yang lepas kami pergi memancing di Kelong Acheh, Mersing.
Apa aktiviti yang kami buat kt sini...semestinya memancing dan juga mandi di tepi pantai.

Hari pertama...........17 hb Mac 2016
Kami bertolak pada jam 9 pagi dari Batu Pahat melalui Kluang. Kami sarapan di depan Pusat Servis Toyota di Bandar Batu Pahat. Dalam perjalanan sempat singgah beli air tebu di Felda Nita (ejaan  kurang pasti). Kemudian kami sempat singgah beli jajan di kedai keropok lekor yang famous gitewww

Berhenti di kedai yang jual keropok lekor dan keropok goreng

Keropok yang sedang di jemur

Sampai di bandar Mersing sempat lagi Pak Anjang beli 1 lagi pancing. 
Kami sampai tempat di tuju iaitu jeti untuk ke Kelong Acheh pada pukul 12 lebih ...kemudian kami makan tengahari di situ sebelum naik bot ke kelong.

Jeti untuk ke Kelong Acheh






Atas bot untuk ke kelong

Yeayy dah sampai...angin yang kuat, warna laut yang hijau2...memang best la



So dh sampai terus masuk ke dalam tempat untuk kami tido....rumah yang last sekali, keluar je terus nampak laut..dari dalam pun dh nampak laut...memang best tido ooo..angin laut membuai2
dorm lelaki...sambung terus dengan perempuan di belakang

dorm perempuan



Kt Kelong Acheh ni ikut pakej dia siap makan kite bawa apa yg perlu je....
Jom kite enjoy.. tengok gambar2 di Kelong Acheh....














Hari ke-2 18 hb Mac 2016 
Aktiviti di teruskan dengan memancing.....sampai dapat ikan





 

Hasil tangkapan ikan masing2...




Hari ke-3, 18 hb Mac 2016 
Hari ke-3 ni kami pergi mandi mandi di tepi pantai...kita boleh minta dorg hantar ke tepi pantai untuk mandi manda..kami diberi masa 1 jam kemudian bot akan datang untuk ambil kami...best gak la pantainya bersih
Kami kuar bilik kul 1 cmtu pas makan tengahari...


Naik bot nk balik ke darat


di jeti masa balik

Bergambar ramai2 di jeti sebelum balik





Ateh...macam nk berkunfu je tu



Amik gambar dari atas bot




Alhamdullilah percutian kami saudara mara berjaya di laksanakan...Terima kasih kt Mak, Ayah, Mak Lang, Ateh,  Cik Lan, Cik Wa, Cik Zul, Pak Anjang, Pak Man, Jiha, Wawa, Nadirah, Hazim, Afiq, Adam dan juge suamiku yang tersayang...cik Adi kite...

Semua pancing sumbat masuk dalam kete...x sempat nk buke2 semua..
Sebelum bertolak kite minum petang dulu....macam2 ado dekat kedai makan dekat jeti tu..goreng pisang, cucur, ABC dan macam2 lagi.
So kami bertolak balik pada pukul 2.30 lebih kurang...sampai Batu Pahat pukul 7.30 malam..


Kelong Acheh Resort
Untuk info lanjut boleh masuk FB di bawah...