Tips pertama untuk donut menjadi ialah yis. Yis kena bagi
hidup. Dan yis kena bancuh dalam air suam panas dulu. Kalau kau terus boh dalam
tepung ada kemungkinan doh takkan kembang-kembang dah. Jadilah donut bantat.
Kalau yis dah hidup jangan bimbang dah bab doh. Kut mana pun
mesti donut kembang tanpa dapat diganggu gugat lagi.
Tips kedua ialah sabar. Sabar tunggu yis hidup dan sabar
tunggu doh naik
Kalau bising tak jadi tu mestilah salah satu tips ni tak
ikut. Takyah salahkan yis tak hidup ka apa.
Sukat guna cawan sudahh.
Bahan-bahan
3 cawan
tepung gandum. Ayak dulu bagi tepung ringan.
1 peket yis
1 cawan air
suam yang panas
3 sudu besar
susu pekat
4 sudu besar
gula
1/2 sudu teh
garam
3 sudu besar
mentega cair.
Sebijik
telor
-Memula masuk gula dengan susu pekat dalam ayaq suam. Bancuh
sampai gula hancur. Masuk yis. Tunggu sampai yis hidup. Nak tau dia hidup ialah
dia berbuih. Macam buih teh tarik tu. Lagi lama kau biaq dia berbuih lagi
senang kembang donut.
-Dalam bekas lain, pukul sebijik telor. Pukul tak payah la
sampai kembang. Pukul bagi sekata ja. Masuk dalam mentega cair. Kacau.
-Bila dah berbuih yis tu, campur mentega telor tu masuk dalam
yis. Kacau.
-Ayak tepung, masuk garam. Masuk campuran yis. Uli adunan.
Doh ni memang agak lembik. So bila nak uli tu sila buh
tepung kat tangan. Lepas uli biar doh 45 minit. Doh akan kembang sekali ganda
inshaallah.
-Pastu bentuk kan la ikut suka. Aku buat donutball sebab senang nak makan. Lagipun adunan ni lembik. Lecey la nak canai
terap.
Lepas bentuk rehatkan lagi barang 5-10 minit. Kemudian goreng….
No comments:
Post a Comment