Makaroni
Bakar
Bahan-Bahan
:
2 cawan
makaroni (Direbus sampai lembut)
500 gm
daging kisar(cincang)
3 sudu
rempah kari
5 biji
bawang merah*
3 biji
bawang putih*
1 sudu lada
hitam*
1/2 inci
halia*
Semua bahan
bertanda * di tumbuk
Sedikit
minyak jagung+sedikit mentega utk menumis
1 tin susu
cair ideal+1 tin air
sedikit daun
bawang/sup (pilihan)
sedikit
bawang goreng
4biji telur
- dipukul
Garam
secukupnya
Sedikit
parutan mozarella/cheddar cheese
Cara-cara
Menyediakan:
1. Tumis
bahan yang ditumbuk tadi bersama rempah hingga naik bau.
2. Masukkan
daging kisar/cincang dan goreng hingga masak dan perasakan dgn garam.
3. Masukkan
susu cair , air dan bawang goreng kemudian dimasak sekejap.
4. Makaroni
yang dah direbus ditoskan kemudian masukkan dalam bekas yang bersih.
5. Masukkan
bahan daging yang dah masak tadi ke dalam bekas bersama makaroni n gaul rata.
6. Boleh
tambah cheeddar cheeseyg dah diparut sekali.
7. Masukkan
dalam dulang/loyang pembakar , tuangkan telur diatas macaroni , tabur mozerella
dan baki cheese kalau suka.
8. Taburkan
daun sup/bawang n bawang goreng.
9. Bakar
selama 40 minit dgn suhu 170 darjah celcius atau hingga masak.
10. *Boleh
tambah lada bangla,cendawan dan tomato yang dipotong dadu.
No comments:
Post a Comment