Seronok hidup ini.....penuh dengan warni kehidupan....

About Me

My photo
Saya bekerja di sebuah Universiti di Malaysia dan juga bisnes women 0137980037

Popular Posts

Iconosquare

Thursday, July 21, 2016

Resepi Roti

Resepi | BUAT ROTI (Asas)
Bahan-Bahan :
250 gram Tepung Roti / High Protein (Disyorkan Guna Tepung Roti Premium)
50 gram Margerin (Admin Guna Margerin Pelangi)
50 gram Gula Kastor
1 sudu kecik Yis kering
1/2 sudu kecik Bread Improver
1 sudu kecik Tepung Susu atau Susu Pekat
1/2 sudu kecik Garam Halus
1 biji Telur Gred B
105 ml/gram Air Suam (kalau guna mixer kena letak air sejuk)

Cara-Caranya : 
Langkah 1 : Masukkan semua bahan-bahan dalam 1 bekas kecuali air, yis dan gula
Langkah 2 : Sebelum tu kita kena bancuh air suam dan gula...pastu baru letak yis..kacau dan biar hingga berbuih. (Kalau Tidak Berbuih Maknanya YIS Dah Rosak)
Langkah 3 : Kemudian masukkan air bancuhan gula dan yis dalam bekas yang mula-mula kita letak bahan (Lihat Langkah 1)Gaul sehingga rata 
Kemudian kita keluarkan dan uli kat atas dulang,sekiranya sahabat-sahabat di rumah ada meja aluminium atau meja marmar lagi senang uli kat atas tu aje..tapi kalau takde, uli atas dulang,uli guna tangan lebih kurang 5-15minit.
Langkah 4 : Tutup Dengan Bekas Atau Plastik Agar Udara Tidak Mudah Masuk Agar Tidak Membantutkan Adunan DOH Tersebut.Biarkan Selama 30-45 minit.
Langkah 5 : Pastikan DOH Kembang Dengan Baik
Langkah 6 : Bulat-Bulatkan DOH,Lumurkan sedikit Tepung Agar Tidak Melekat dan DOH Nampak Licin.
Langkah 7 : Bentukkan Mengikut Kreativiti Masing-Masing Samaada Ingin Letak Inti Seperti : Kacang Merah,Sosej Dan Lain-Lain
Langkah 8 : Susun Roti-Roti Anda Di Dalam Bekas Sebelum Di Bakar,Tutup Dengan Plastik dan Biarkan Selama 45 minit - 1 Jam
Langkah 9 : Bakar Roti Di Dalam Pemanas Dengan Kepanasan 180-190 Darjah Celcius Selama 18-20 minit (Bergantung Terhadap OVEN/PEMANAS Masing-Masing)
Langkah 10 : Siap !!! Boleh Dihidangkan Untuk Dimakan Atau Di Bungkus Untuk Dihantar Ke Tempat Jualan hee...

No comments:

Post a Comment