Seronok hidup ini.....penuh dengan warni kehidupan....

About Me

My photo
Saya bekerja di sebuah Universiti di Malaysia dan juga bisnes women 0137980037

Popular Posts

Iconosquare

Thursday, July 21, 2016

Kek Coklat Milo Kukus

Fb resepi kek kukus
Bahan :
2 cawan tepung gandum + 1 sk baking powder
1 cawan gula
1 cawan susu pekat manis
1 cawan milo
1 cawan serbuk koko
4 biji telur ayam
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas 

Cara-cara membuatnya :

1. Didihkan periuk pengukus terlebih dahulu. 
2. Masukkan semua bahan-bahan dalam mangkuk besar. Kacau dengan sudip besar.
3. Kacau tangan je...jangan guna mixer nanti telebih naik tak jadi
4. Kacau semua bahan-bahan sebati dalam 5 minit jer
5. Lepas tu boleh ditapis adunan yag dah siap agar hasil nanti lebih halus dan cantek (yg ni saya tak buat)
6.Masukkan adunan kedalam loyang yang telah disapu minyak dan ditabur tepung. Kukus selama 40 minit - 60 minit atau hingga masak.

NOTA :  bakar dalam 45 - 48 minit. panaskan oven api bawah dan atas dan bila masa pembakaran guna api bawah sahaja suhu 150C atau ikut suhu oven masing -masing dan guna kaedah waterbath.. masukkan loyang kek ke dalam loyang lain berisi air pana

Cup Cake Coklat Moist

Resepi dan Bahan buat Cup Cake Coklat Dengan Sukatan Cawan
Sumber resepi : Celoteh Hati Bella


Bahan-Bahan :
  • 3 biji telur ( saya guna 4 biji sebab guna telur gred C)
  • 1 cawan gula halus ( gula pasir saya blend)
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan serbuk koko (tak sampai 1 cawan pun boleh)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan air panas
  • 1 penutup botol esen vanilla (saya tambah, resepi asal tak letak)
cara buat kek coklat cawan yang sedap
Cara-cara Membuat Cup Cake Coklat Moist:
  • Masukkan telur dan gula halus dan kacau hingga kembang.Kemudian, masukkan susu pekat, kacau lagi hingga sebati
  • Masukkan serbuk koko, tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder.Kacaulah sehingga betul-betul sebati.
  • Setelah sebati, masukkan minyak.
  • Kemudian masukkan air panas dan kacau hingga adunan jadi sebati.Akhir sekali masukkan esen vanilla.
  • Masukkan ke dalam cup saiz ikut pilihan sendiri.
  • Bakar dengan suhu 170 darjah celcius dalam 23 minit.( kalau oven saya, saya tambah masa dalam 26 -28 minit)

Kek Pisang



Bahan – bahan
  • 2 cawan tepung gandum (sila guna yg berkualiti, maaf trpksa jujur tp gandum yg cap kunci 1 mlysia tu xelok sngt)
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 cawan gula
  • 3 biji pisang masak (warna kuning tu haaa...lenyekkan)
  • ½  cawan minyak masak (sue guna minyak jagung lagi gebu sedap dan sihat!hehe)
  • 2 biji telur
  • esen vanilla

cara caranya : 

  1. ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder dan kemudian ketepikan. sementara tu, griskan dulu loyang kek dengan sedikit mentega/ marjerin. dan panaskan oven 180 darjah celcius.
  2. seterusnya, putar telur + gula sehingga kembang. 
  3. pastu masukkan esen vanilla dan pisang, putar hingga sebati, dan masukkan tepung gandum + soda bikarbonat + baking powder yang telah diayak tadi...
  4. akhir sekali, barulah masukkan minyak dan pukul hingga sebati...
  5. tuang ke dalam loyang yang telah digriss td, dan bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 40 minit ataupun 1 jam. (cucuk la ngan lidi ke ape ke...untuk check masak xkt dalam)
  6. setelah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan....lepas tu boleh la nak ngap pon!

Resepi Kek Cheese Roti Marie


http://suterakasihyann.blogspot.my/
resipi dari suterakasihyann....

Bahan-bahan:
Roti Marie (perisa original dan coklat - ikut kesukaan)
Sebungkus Cream Cheese (Tatura pun okey juga, kuantiti berdasarkan berapa banyak acuan nak buat)
250g Susu pekat manis (setengah tin)
Susu Dutch Lady perisa susu original

Cara membuatnya :
1. Campurkan cream cheese, susu pekat manis dan sedikit susu dutch lady (jangan banyak sangat, nanti cair)
2. Pukul adunan guna mixer, guna tangan pun boleh sehingga kembang
3. Celupkan roti marie dengan susu dutch lady kemudian susun roti marie original di lapisan paling bawah, lepas tu tuang adunan tadi di atas roti, kemudian ratakan adunan, lepas tu susun lagi kepingan roti marie coklat, kemudian lapiskan lagi adunan di atasnya dan seterusnya sampai habis.
4. Bahagian atas, bolehlah taburkan roti marie yang dihancurkan ataupun hiaslah ikut kreativiti masing2, tabur cheese philapedia atau cheesedar pun boleh
5. Akhir sekali, sejukkan di peti ais at least semalaman.

Kek Coklat Kukus Lapis Cheese





BAHAN-BAHAN KEK COKLAT :-)
2 biji telur gred A
1 cawan gula halus
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam
1/2 cawan air panas
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan minyak jagung
1 cawan tepung gandum*
3 camca besar serbuk koko*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan di ayak)

BAHAN-BAHAN LAPIS CHEESE :-)
250 gram krim cheese
60 gram gula halus
1 biji telur gred A
1 camca besar air
1 camca besar tepung gandum

CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan kukusan. Lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyal. lenser juga kertas tadi. Ketepikan..
UNTUK KEK COKLAT :- Putar telur dan gula hingga kembang dan pekat, masukkan esen vanilla dan garam, putar rata. Tambah susu cair, minyak jagung dan air panas, putar sebati dengan kelajuan sederhana. Masukkan bahan2 yang diayak sedikit demi sedikit hingga habis, putra rata dan matikan mixer. Bagi kepada 2 bahagian sama banyak. Ketepikan.
UNTUK LAPISAN KEJU :- Putar krim cheese dan gula hingga sebati dan licin. Masukkan telur dan putar hingga kembang. Tambah tepung dan air, putar hingga semua sebati dan tidak berbintil2.
UNTUK KEK COKLAT KUKUS LAPIS CHEESE :- Tuang satu bahagian kek coklat. Ratakan dan tutup permukaan tin dengan aluminium foil. Kukus selama 20 minit, guna api sederhana. Kemudian tuang pula adunan krim cheese, ratakan dan sambung kukus 20 minit lagi. Tuang baki bahagian kek coklat ratakan dan sambung kukus selama 45 minit atau hingga masak (bila anda cucuk dengan lidi sate atau cake tester di bahagian tengah kek dan keluarnya bersih, tanda kek dah masak).
Sejukkan kek sekejap, kemudian boleh keluarkan dari tin. Biar kek sejuk sepenuhnya atas jaringan dan boleh dipotong untuk dihidangkan.....

Popia Nestum

Bahan serbuk utk digaul:
Nestum - dikisar halus
Gula - juga dikisar halus
Susu tepung
Horlicks
- nisbah nestum:susu:horlicks ialah lebih kurang 3:1.5:1 atau ikut kesesuain rasa masing-masing. Gula pula boleh dicampur last sekali dan rasakan kesesuaian manis yang disukai. 
Setelah digaul semua, begini lah ia...
Untuk popianya pula:
Kulit popia secukupnya
- gulung menyerong bermula dari satu bucu. 
- jangan gulung terlalu kemas kerana akan jadi padat dan keras bila digigit nanti. 
- gamkan hujung terakhir gulungan dengan putih telur. 

Jadi begini..
- lepas tu gunting secara menyerong hingga habis
Begini..
- kemudian goreng sehingga kekuningan dengan minyak banyak. 
Begini...
- toskan seketika dlm 3-4 minit
- sewaktu masih panas, gaulkan dengan serbuk nestum di atas. Letakkan popia dlm bekas dan tabur rata serbuk nestum di atasnya. Gaul perlahan menggunakan sudu. 

 Dah siap!! Sejukkan dahulu baru disimpan dlm bekas kedapn udara. 

Resepi Jejari Nestum Coklat

Bahannya :
Roti ~ potong bentuk jejari
Dark coklat ~ cairkan double boiler
nestum

semua bahan agak2 ler banyak mana roti yang diguna pakai.

Bakar roti suhu anggaran 120° dalam 15 min sampai garing
sejukkan
celup dalam coklat yang dah cair
salut dengan nestum.
Siap !!!
senangkan!
Boleh juga guna kulit popia,....

Mee Goreng sedap


Bahan bahan:
1 pek kecil mee kuning
bawang merah -kisar
bawang putih -kisar
1-2 sudu besar cili kisar
sos tiram 
kicap manis
Garam
sayur sawi
taugeh
Udang dan sotong atau ayam


Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan. Lepas itu, masukkan cili kisar dan tumis sehingga mendidih dan terbit minyak. Setelah cili garing, masukkan sos tiram, kicap dan sedikit air

Masukkan udang dan sotong serta batang sawi. Kacau rata. Kemudian masukkan mee dan daun sawi. Masukkan sedikit garam, kacau rata dan letak taugeh... setelah secukup rasa, bolehlah ditutup api. Saya suka mee yang sedikit basah belengas seperti dalam gambar, bukan basah berair macam mee hailam, jadi ketika ini saya akan letak sedikit lagi sos dengan sedikit air supaya ianya melekat pada mee. 

Kari Ayam Sedap

Kari Ayam Sedap
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
12 ketul ayam
2 biji kentang - potong 4
1 1/2 labu bawang besar saiz besar - hiris
6 ulas bawang putih - hiris
3 inci halia - hiris
1 asam keping
1 kotak santan kotak
Air secukupnya
10 sudu besar rempah kari Babas - extra chilis
Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
1 pelepah daun kari
Gula
Garam secukupnya

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bawang putih, bawang merah dan halia sehingga kekuningan.





Kemudian masukkan rempah kari dan kacau seketika sebelum dimasukkan air supaya rempah cair. Terus masak dengan menggunakan api perlahan sambil terus dikacau sehingga rempah sedikit garing dan terbit minyak. Kemudian masukkan daun kari dan kentang.





Lepas itu, masukkan pula ayam dan masak sehingga ayam kecut sebelum tambah sedikit lagi air dan biarkan mendidih.





Masukkan pula santan. Terus masak dengan api perlahan. Setelah kentang empuk, masukkan asam keping, gula dan garam. Renihkan sehingga pecah minyak. Sesuaikan kepekatan kuah yang disukai. Jika terlebih pekat, tambah air panas dan masak lagi.



Nota
Kuah kari ayam pekat seperti ini sangat sedap dimakan dengan roti jala.

Asam Pedas Ikan Kembung


Bahan -bahan 
3 ekor ikan kembung ~ bersihkan dan potong 2
10 batang bendi
1 kuntum bunga kantan
1 cekak daun kesum 
1 batang serai ~ dititik
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
1/2 cawan air asam
air secukupnya 

Bahan Kisar
15 ~ 20 tangkai cili kering ~ rendam hingga lembut
3 batang cili merah
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inc belacan

Panaskan minyak dan tumiskan, bahan kisar bersama serai yang di titik hingga harum dan terbit minyak
Masukkan air asam jawa dan air secukupnya dan biarkan kuah mendidih
Masukkan daun kesum, dan perasakan dengan garam secukup rasa
Kemudian masukkan ikan
Biarkan ia merenih dan ikan empuk
Akhir sekali masukkan bunga kantan dan bendi
Biarkan bendi lecur sebentar dan sedia untuk di hidangkan 

Resepi Bihun Goreng Sedap













Bahan-Bahan Buat Bihun Goreng Sedap


  • Satu bungkus bihun (tak kisah jenama apa, saya biasa guna jenama Jasmin)
  • 1 ulas bawang sederhana besar ( dihiris)
  • 3 ulas bawang merah 
  • 3 ulas bawang putih 
  • Setengah gengam ikan bilis ( direndam)
  • Setengah gengam udang kering ( direndam)
  • Setengah senduk cili kering yang sudah dikisar.
  • Air secukupnya untuk rendam bihun.
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan kicap ( saya guna kicap lemak manis Jalen)
  • Garam, gula dan perasa jika suka.
  • Minyak masak anggaran satu senduk untuk menggoreng.
Bayangkan kalau bihun kosong macam ni je dah sodap, macam mana kalau kita tambah udang, sotong atau potongan ayam atau daging ( potongan dadu kecil).

Bahan-bahan Hiasan
  • satu mangkuk kecil taugeh yang sudah dibasuh bersih
  • satu mangkuk kecil sawi yang sudah dipotong
  • bawang goreng atau daun sup

Cara Masak Bihun Goreng Sedap
  • Pastikan bihun sudah direndam terlebih dahulu sebelum memasaknya.Toskan air rendaman jika bihun sudah lembut.
  • Memandangkan saya ni bajet ibu dan isteri mithali, maka saya tumbuk segala mak nenek bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan udang kering.Setel.
  • Panaskan minyak dan masukkan hirisan bawang besar sehingga naik bau.Kalau ikut mak mertua saya, gorengan bawang besar inilah yang akan menjadikan sambal bihun goreng kita jadi lebih sedap.
  • Masukkan semua bahan yang ditumbuk tadi dan kacau rata sehingga naik bau juga.
  • Masukkan pula cili kering yang sudah dikisar tadi dan kacau sekali lagi supaya sama rata dengan bawang besar dan bahan yang ditumbuk tadi.
  • Masukkan sos tiram, kicap, gula, garam dan perasakan.
  • Masukkan sedikit air.
  • Biarkan sambal pecah minyak dulu, kemudian baru masukkan bihun yang sudah direndam tadi.
  • Masukkan lagi sedikit air supaya bihun cepat lembut.Tutup dengan penutup kukus sehingga air kering dan balik-balikkan bihun tersebut.
  • Kecilkan api ketika ingin melembutkan bihun tadi.
  • Akhir sekali bila bihun sudah lembut, masukkan sawi dan taugeh.
  • Kacau sekali lagi supaya semua sayur tadi rata.
  • Tabur bawang goreng atau daun sup untuk hiasan.
Petua Mudah Buat Bihun Goreng Sedap 
  • jangan masukkan air banyak sangat dalam bihun yang hendak dimasak.Sebabnya kita dah rendam dia, dan bihun tu dah lembut, kalau letak air banyak masa kita nak goreng dia, alamatlah boleh jadi lembik bihun tu dan tak sodaplah bihun tu..:)
  • Masa kita tengah menumis sambal bihun goreng tu, boleh rasa sikit dah cukup manis, masin dan segala bagai tu supaya bila dah masukkan bihun, takde masalah bihun tawar atau kurang gula